Proses Penyusunan Semula
Proses penerbitan ayat bahasa Melayu juga melibatkan proses
penyusunan semula. Yang dimaksudkan dengan proses penyusunan semula ialah
bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam
satu struktur ayat gramatis yang baharu. Lazimnya, berlaku proses
perubahan atau pengguguran pada kata-kata tertentu dalam ayat yang disusun
semula. Berlaku juga penggantian atau penambahan kata-kata lain pada
ayat-ayat baharu yang diterbitkan daripada ayat asal. Sungguhpun
demikian, penyusunan semula ayat-ayat tidak melibatkan perubahan pada makna
ayat.
Secara umum, terdapat tiga proses penyusunan semula ayat dalam bahasa Melayu,
iaitu:
(i) penyusunan semula frasa nama
sebagai subjek
(ii) penyusunan semula frasa nama
sebagai objek
(iii) penyusunan semula melalui ayat
songsang
No comments:
Post a Comment