Penyusunan Semula melalui Ayat Songsang
Proses penyusunan semula berlaku juga pada ayat
songsang. Apabila keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat,
keterangan musabab dan sebagainya hendak diberikan fokus, maka ayat tersebut
bolehlah disongsangkan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
(60) Pengantin baru itu pergi
berbulan madu.
(60b) Pergi berbulan madu pengantin baru itu.
(61) Mereka bertolak ke luar negara
semalam.
(61a) Semalam mereka bertolak ke luar negara.
(62) Othman tidak ke pejabat kerana
dia demam.
(62a) Kerana dia demam Othman tidak ke pejabat.
No comments:
Post a Comment