Proses Peluasan
Selain proses pengguguran dan proses penyusunan semula,
ayat-ayat bahasa Melayu boleh juga diterbitkan melalui proses peluasan.
Yang dimaksudkan dengan proses peluasan ayat ialah penambahan unsur-unsur dalam
ayat yang baharu.
Secara umumnya, terdapat empat jenis peluasan dalam ayat bahasa Melayu, iaitu:
(i) peluasan frasa nama sebagai
subjek
(ii) peluasan frasa predikat
(iii) peluasan dengan kata hubung
(iv) peluasan melalui proses komplementasi
11.4.3.1
Peluasan Frasa Nama sebagai Subjek
Peluasan frasa nama sebagai subjek dalam ayat melibatkan
proses relativisasi, iaitu proses pemacangan ayat ke dalam satu ayat yang lain
sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa
relatif terbentuk melalui penggunaan kata relatif yang. Perhatikan
contoh yang berikut:
(63) Bayi itu anak Puan Erin.
Bayi itu minum susu.
Bayi yang
minum susu itu anak Puan Erin.
Proses peluasan bagi ayat (63) adalah seperti dalam rajah
pohon di bawah:
Contoh-contoh lain:
(64) Banglo itu kepunyaan Haji
Baharom.
Banglo itu baharu.
Banglo yang
baharu itu kepunyaan Haji Baharom.
(65) Pemuda itu belum berkahwin.
Pemuda itu berkelulusan tinggi.
Pemuda yang
berkelulusan tinggi itu belum berkahwin.
(66) Bapa saudara saya sudah sembuh.
Bapa saudara saya sakit.
Bapa saudara
saya yang sakit sudah sembuh.
11.4.3.2 Peluasan Frasa Predikat
Sama seperti proses peluasan yang melibatkan bahagian
subjek, proses peluasan yang melibatkan bahagian predikat juga memerlukan frasa
nama yang hendak direlativisasikan berfungsi sebagai subjek dalam ayat yang
hendak dipancangkan. Perhatikan contoh yang berikut:
(67) Zaid menemani budak
itu.
Budak
itu keseorangan.
(relativisasi)
Zaid menemani budak yang keseorang itu.
Perhatikan proses peluasan ayat (67) melalui rajah pohon di
bawah:
Contoh-contoh lain:
(68) Regina mencium bunga iu.
Bunga
itu harum
(relativisasi)
Regina mencium bunga yang harum itu.
(69) Pak Samad mengarang novel
itu.
Novel
itu tebal.
(relativisasi)
Pak Samad mengarang novel yang tebal itu.
(70) Dia membelai kucing
itu.
Kucing
itu comel.
(relativisasi)
Dia membelai kucing yang comel itu.
11.4.3.3
Peluasan dengan Kata Hubung
Proses peluasan ayat boleh juga berlaku melalui proses
penggabungan ayat dengan menggunakan kata-kata hubung seperti dan,
tetapi, kerana, jika dan lain-lain. Setiap kata hubung itu boleh
digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih bagi menghasilkan ayat
terbitan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
(71) Ibu pergi ke pasar.
Puan Saemah pergi ke pasar.
Ibu dan Puan Saemah pergi ke pasar.
(72) Pak Jamal kaya.
Pak Jamal tidak kedekut.
Pak Jamal kaya tetapi tidak kedekut.
(73) Hari hujan.
Dia tetap pergi ke sekolah.
Walaupun hari
hujan, dia tetap pergi ke sekolah.
11.4.3.4
Peluasan melalui Proses Komplementasi
Proses peluasan ayat boleh juga berlaku melalui proses
komplementasi. Proses komplementasi menukarkan sesuatu ayat menjadi satu
frasa nama dan memancangkannya pada suatu ayat yang lain bagi menghasilkan ayat
terbitan yang baharu. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
(74) Dia memberitahu sesuatu.
Dia akan ke luar negara.
Dia memberitahu bahawa dia akan ke luar negara.
Dalam ayat (74) di atas, ayat Dia akan ke luar negara berubah
fungsi menjadi frasa nama dan dipancangkan kepada binaan Dia
memberitahu sesuatu ... Kata hubung komplemen bahawadisisipkan
sebagai tanda berlakuny proses komplementasi. Proses peluasan ayat
sebegini boleh diperhatikan dalam rajah pohon yang berikut:
Contoh-contoh lain:
(75) Dia menafikan (sesuatu).
Adiknya terlibat dalam kejadian itu.
Dia menafikan bahawa adiknya terlibat dalam kejadian itu.
(76) Pengacara itu mengumumkan
(sesuatu).
Pertandingan itu terpaksa dibatalkan.
Pengacara itu
mengumumkan bahawa pertandingan itu terpaksa dibatalkan.
Selain peluasan pada frasa nama dalam ayat, proses peluasan boleh juga berlaku
pada frasa kerja. Sebagai contoh, perhatikan ayat-ayat yang berikut:
(77) Mereka datang membawa buah
tangan.
(78) Dia berdiri menghadap ke luar
tingkap.
(79) Mereka pergi membeli-belah.
(80) Gadis itu duduk menjahit sejak
pagi tadi.
Ayat-ayat di atas mengikut huraian tatabahasa transformasi
generatif boleh dihuraikan mengikut rajah pohon yang berikut:
Transformasi komplemen frasa kerja hanya boleh dilakukan
jika terdapat kesamaan identiti pada kedua-dua frasa nama yang menjadi subjek
dalam ayat induk dan ayat yang dipancangkan.
Proses ini dapat diterangkan
dalam rajah pohon di bawah.
The best way to make the first deposit - Dr.MD
ReplyDeleteDiscover a 양산 출장샵 few simple steps to make the deposit · Know when to 천안 출장안마 make an online deposit · 의왕 출장마사지 Step 3: Verify your online 남양주 출장샵 casino deposit · Step 4: Choose the option that 의정부 출장안마 suits your