Frasa
Frasa ialah unit
yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi
dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama boleh
terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006).
Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina
ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.
Contoh ayat :
sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya
untuk melihat rumus struktur frasa.
Frasa
|
baju
sehelai baju
baju kurung
sehelai baju kurung
|
Frasa di atas
berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di
dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk
tersebut diperluas menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai
baju kurung, dan sebagainya.
Jadi, frasa yang
asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah
frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.
No comments:
Post a Comment