Ayat Dasar
Ayat dasar ialah
ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan
rumus-rumus tatabahasa.
Semua ayat yang
terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang
menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat.
Ayat dasar
mempunyai empat pola asas iaitu:
(i)
Pola 1 : FN + FN
(ii)
Pola 2 : FN + FK
(iii)
Pola 3 : FN + FA
(iv)
Pola 4 : FN + FS
Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1 (FN +
FN)
|
Harun
|
pesilat amatur.
|
Pola 2 (FN +
FK)
|
Jurulatih
|
sedang berehat.
|
Pola 3
(FN + FA)
|
Marlina
|
sungguh pandai
|
Pola 4 ( FN +
FS)
|
Muzium
|
di Pusat Islam.
|
Komponen frasa
boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaan-binaan tersebut
harus masih tergolong dalam bentuk frasa.
Contoh:
Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1 (FN +
FN)
|
Harun
|
pesilat amatur
negara.
|
Pola 2 (FN +
FK)
|
Jurulatih
|
sedang berehat
di bilik
|
Pola 3
(FN + FA)
|
Adik Marlina
|
sungguh pandai
|
Pola 4 ( FN +
FS)
|
Muzium warisan
|
di Pusat Islam
Kuala Lumpur.
|
No comments:
Post a Comment