Sunday, January 26, 2014

Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek


Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek
Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh berlaku melalui proses transformasi pasif.  Telitikan contoh-contoh yang berikut:
(50a)   Khairul menulis surat itu.
(50b)   Surat itu ditulis oleh Khairul.

Ayat (50a) di atas  ialah ayat aktif, yang mana frasa nama terdiri daripada Khairul  dan objek terdiri daripada surat itu.  Ayat (50a) apabila dipasifkan akan menjadi seperti ayat (50b), yang mana subjek yang terdiri daripada frasa nama Khairul berpindah kedudukan kepada selepas kata kerja manakala objek surat itu pula dikedepankan menjadi subjek ayat.  Perhatikan bahawa imbuhan kata kerja juga berubah daripada meN- kepada di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa namaKhairul. 

            Proses transformasi penyusunan semula ini dapat dijelaskan dalam rajah pohon yang berikut:



Contoh-contoh lain:
(51)     Penduduk kampung mengejar perompak itu.
Perompak itu dikejar oleh orang kampung.
(52)     Hafiz membonceng motosikal itu.
Motosikal itu dibonceng oleh Hafiz.
(53)     Misya mengelap tingkap itu.
Tingkap itu dilap oleh Misya.

Selain ragam ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga, terdapat juga ragam ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua seperti dalam contoh-contoh ayat di bawah:
(54)     Hadiah itu saya balut sekemas mungkin.
(55)     Sajak itu kami hafal berkali-kali.
(56)     Kesemua resit itu kamu simpan.

Ayat (54) hingga (56) merupakan terbitan daripada ayat-ayat aktif yang berikut:
(54a)   Saya membalut hadiah itu sekemas mungkin.
(55a)   Kami menghafal sajak itu berkali-kali.
(56a)   Kami menyimpan kesemua resit itu.

            Dalam ayat (54a) hingga (56b), frasa nama yang menjadi subjek asal terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan kedua.  Perhatikan contoh transformasi pasif bagi ayat (54a):



1 comment: