Klausa
Klausa ialah satu
rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi konstituen
dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis
iaitu:
(i) Klausa bebas
(ii) Klausa tak
bebas
Klausa bebas
ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh
berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan
dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat
(Abdullah Hassan et.al 2006).
Contoh :
klausa 1 : Majid
kaya (klausa bebas)
klausa 2 : kerana
cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)
Ayat sempurna:
klausa 1 + klausa
2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
Klausa
bebas juga disebut sebagai klausa utama.
Berdasarkan
contoh :
Majid
kaya kerana
cekap menguruskan perniagaan.
[klausa
bebas] [ klausa tak bebas]
[klausa utama]
Oleh itu,
pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong
makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna
No comments:
Post a Comment