TAJUK 3
FRASA NAMA BAHASA MELAYU
KONSTITUEN FRASA NAMA
                        Konstituen atau unsur
yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur
intinya. Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan
sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum
dan sesudah frasa nama. 
                        Ada pendapat yang
mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama
jika unsur-unsue itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama. Contohnya:
            Senaman menyihatkan badan.
                        Kata nama senaman
sebagai pengisi frasa nama boleh diganti oleh kata kerja bersenam. Contohnya:
            Bersenam menyihatkan badan.
BINAAN FRASA NAMA
                        Binaan frasa nama boleh
terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika
terbentuk oleh sederetan perkataan,  maka
terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu. 
a) Jenis yang terdiri
daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa 
     nama itu. Contoh ayat:
| 
   
Frasa nama subjek 
 | 
  
   
Predikat 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang 
 | 
 |
| 
   
a) Askar 
b) Guru 
c) Berlagak 
d) Perbuatan 
e) Kelakuan 
 | 
  
   
Melayu Diraja 
sekolah agama itu 
ke sana ke mari 
makan suap 
baik 
 | 
  
   
berbaris di padang. 
guru saya. 
menjadi tabiatnya. 
akan menjejaskan
  ekonomi negara. 
selalu mendapat
  pujian. 
 | 
 
b) Jenis yang terdiri
daripada dua unsur inti di dalamnya. Contoh ayat:
| 
   
Frasa nama subjek 
 | 
  
   
Predikat 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Inti 
 | 
 |
| 
   
a) Pinggan 
b) Kerusi 
c) Ibu 
d) Pemuda 
e) Suami 
 | 
  
   
mangkuk 
meja 
bapa 
pemudi 
isteri 
 | 
  
   
tersusun dengan
  rapi di atas para. 
untuk
  pelajar-pelajar sahaja. 
tidak perlu datang. 
boleh ikut serta. 
hendaklah bertolak
  ansur. 
 | 
 
                        Inti ialah unsur yang
diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa dari segi makna, sementara
penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. 
BINAAN FRASA NAMA : INTI + PENERANG
                        Frasa nama yang
mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk
daripada jenis-jenis hubungan berikut:
a) Inti + penerang
nama
b) Inti + penerang
bukan nama
INTI + PENERANG NAMA
                        Dalam binaan frasa nama
jenis ini, semua konstituen terdiri 
daripada kata nama; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga
kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan:
a) Inti + penerang
nama keturunan.
    Penerang nama keturunan menerangkan aspek
salasilah pada inti kata nama. 
    Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Keturunan 
 | 
 
| 
   
orang 
suku bangsa 
pelajar 
askar 
bangsa 
bahasa 
masyarakat 
kaum 
keturunan 
 | 
  
   
Melayu 
Kadazan 
Amerika 
British 
Belanda 
Melayu 
Cina 
Banjar 
Jawa 
 | 
 
b) Inti + penerang
nama jenis
    Penerangan nama jenis ini menerangkan
jenis-jenis tertentu bagi nama-nama itu.
    Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Jenis 
 | 
 
| 
   
harimau 
buah 
kelapa 
pokok 
air 
baju 
kerusi 
gelang 
kasut 
kipas 
beg 
pingat 
 | 
  
   
bintang 
mangga 
sawit 
getah 
limau 
kemeja 
rotan 
emas 
kulit 
kertas 
kulit 
gangsa 
 | 
 
c) Inti + penerang
nama penyambut
     Penerang nama penyambut menerangkan
perkara atau benda yang menjadi objek
     atau penyambut kepada alat atau pelaku
yang ada pada inti, misalnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Penyambut 
 | 
 
| 
   
pengawal 
penyelenggara 
penyendal 
pam 
gunting 
pengarang 
pemandu 
pengurus 
pelayan 
 | 
  
   
bangunan 
pejabat 
pintu 
air 
kain 
cerpen 
bas 
syarikat 
tetamu 
 | 
 
d) Inti + penerang
nama kegunaan
    Penerang nama kegunaan ialah unsur yang
menerangkan makna fungsi atau
    peranan kepada inti. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Kegunaan 
 | 
 
| 
   
getah 
kayu 
alat 
sabun 
minyak 
tali 
jamu 
batu 
 | 
  
   
pemadam 
pengukur 
pemadam 
pencucui 
pelincir 
penyidai 
pengawet 
pengasah 
 | 
 
e) Inti + penerang
nama kelamin
     Penerang nama kelamin ialah nama yang
menerangkan jenis jantina bagi inti.
     Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Kelamin 
 | 
 
| 
   
anak 
ayam 
orang 
kaum 
 | 
  
   
perempuan 
jantan 
lelaki 
perempuaN 
 | 
 
f) Inti + penerang
nama tempat
    Penerang tenpat ialah unsur yang
menerangkan lokasi bagi inti. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Tempat 
 | 
 
| 
   
kawasan 
orang 
penduduk 
anak 
Melayu 
tepi 
cina 
pinggir 
 | 
  
   
luar bandar 
tempatan 
bandar 
desa 
Pulau Pinang 
pantai 
Melaka 
kota 
 | 
 
g) Inti + penerang
nama arah
     Penerang nama arah ialah unsur yang
menerangkan hala bagi inti. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Arah 
 | 
 
| 
   
kawasan  
wilayah 
angin 
jalan 
simpang 
 | 
  
   
barat 
selatan 
timur 
tengah 
kanan 
 | 
 
h) Inti + penerang
nama anggota badan
     Penerang nama anggota badan menerangkan
bahagian tubuh badan yang berkaitan
     dengan inti itu. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Anggota Badan 
 | 
 
| 
   
tali 
penyakit 
jam 
gelang 
tudung 
sarung 
rantai 
barah 
kepala 
batang 
 | 
  
   
pinggang 
jantung 
tangan 
kaki 
kepala 
kaki 
leher 
kulit 
lutut 
hidung 
 | 
 
i) Inti + penerang
nama tenaga penggerak
    Penerang nama tenaga penggerak ialah unsur
yang menyatakan daya yang
    menggerakkan benda dalam inti. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Tenaga penggerak 
 | 
 
| 
   
dapur 
kipas 
lampu 
seterika 
kereta 
kapal 
mesin 
perahu 
 | 
  
   
gas 
elektrik 
minyak 
arang 
motor 
layar 
kaki 
galah 
 | 
 
j) Inti + penerang
nama perihal atau perkara
    Penerang nama  perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau
perkara tentang inti.
    Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Perhal / Perkara 
 | 
 
| 
   
lesen 
borang  
surat 
 | 
  
   
perniagaan 
pendaftaran 
kebenaran 
 | 
 
k) Inti + penerang
nama milik
    Penerang nama milik menerangkan makna
kepunyaan bagi benda dalam inti.  
    Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Milik 
 | 
 
| 
   
rumah 
bumbung 
pekerjaan 
kemajuan 
keluaran 
belalai 
pakaian 
harta 
kawasan 
penduduk 
 | 
  
   
saya 
sekolah 
mereka 
Malaysia 
Jepun 
gajah 
Aminah 
kerajaan 
Jerman 
-nya 
 | 
 
l) Inti + penerang
nama khas
    Penerang nama khas ialah jenis perkataan
yang merujuk kata nama khas bagi
    menerangkan inti. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Nama Khas 
 | 
 
| 
   
bandar 
Gunung  
kampung 
Republik 
planet 
Teluk 
Terusan 
Negeri 
Kerajaan 
 | 
  
   
Ipoh 
Kinabalu 
Seri Menanti 
Indonesia 
Marikh 
Intan 
Suez 
Johor 
Arab Saudi 
 | 
 
m) Inti + penerang
nama panggilan atau gelaran
     Penerang nama panggilan atau gelaran ialah
unsur yang merujuk nama julukan atau
     penghormatan kepada makhluk atau benda.
Bentuk ini merupakan kecualian kepada 
     bentuk susunan inti + penerang nama iaitu
penerang ini terletak di hadapan inti.
     Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Penerang Nama Panggilan/ Gelaran 
 | 
  
   
Inti  
 | 
 
| 
   
Haji 
Sang 
Yang Arif HakimSi 
Nik 
YBhg. Datuk 
Syed 
Doktor 
Profesor 
YB Senator 
Tan Sri 
 | 
  
   
Ahmad 
kancil 
Mohd Yusof 
Abdullah 
Ali 
Nasir 
Harun 
Majid 
Fatimah 
Abdullah 
 | 
 
INTI + PENERANG BUKAN
NAMA
            Frasa nama juga boleh terbentuk
daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang
bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang
bukan daripada kelas kata nama, iaitu:
a) Inti + Penerang
penentu
     Penerang penentu ialah unsur yang
memberikan sifat ketentuan kepada kata nama 
     dan kedudukannya boleh di hadapan atau di
belakang inti. Ada dua golongan 
     penerang penentu kata nama iaitu:
    ( i ) 
Penentu hadapan
            Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang
hadir di hadapan kata nama, dan
            unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan
yang boleh diikuti oleh penjodoh 
            bilangan. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 ||
| 
   
Penentu hadapan 
 | 
  
   
Inti 
 | 
 |
| 
   
Bilangan 
 | 
  
   
Penjodoh bilangan 
 | 
 |
| 
   
lima 
sepuluh 
beratus-ratus 
beberapa 
segala 
kesemua 
kelima-lima 
 | 
  
   
orang 
buah 
orang 
pucuk 
- 
- 
ekor 
 | 
  
   
askar 
bangunan 
penonton 
senapang 
kelengkapan 
pekerja 
kambing 
 | 
 
    ( ii ) 
Penentu belakang
            Penentu belakang ialah unsur-unsur
yang hadoir sesudah kata nama, dan 
             unsur-unsur itu terdiri daripada
kata penentu itu dan ini. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penentu belakang 
 | 
 
| 
   
orang 
rumah 
 | 
  
   
itu 
ini 
 | 
 
b) Inti + penerang
kata kerja
                        Penerang kata kerja atau
akar kerja umumnya menerangkan perlakuan  
     kepada inti. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang kata kerja 
 | 
 
| 
   
mesin 
meja 
wad 
kamar 
bilik 
kolam 
tarikh 
tuala 
majlis 
kedai 
 | 
  
   
jahit 
makan 
bersalin 
beradu 
mandi 
renang 
lahir 
mandi 
bahas 
gunting 
 | 
 
c) Inti + penerang
kata adjektif
                        Penerang kata adjektif
ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi 
    inti. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang kata adjektif 
 | 
 
| 
   
warna 
tahun 
anak 
minyak 
bulan 
kulit 
rumah 
penutur 
emas 
sekolah 
 | 
  
   
merah tua 
baharu 
muda 
wangi 
baharu 
putih 
haram 
asli 
tulen 
rendah 
 | 
 
d) Inti + penerang
kata adverb
                        Penerang kata adverb
ialah unsur yang menerangkan cara atau masa 
     bagi kata nama inti. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang kata adverba 
 | 
 
| 
   
lawatan 
masa 
cara 
hari 
ketibaan 
hujan 
kedatangan 
jawapan 
kemasukan 
 | 
  
   
julung kali 
serentak 
demikian 
esok 
nanti 
begitu 
sering kali 
sekali gus 
kemudian 
 | 
 
e) Inti + penerang
frasa sendi nama
                        Penerang frasa sendi
nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata
     sendi nama diikuti kata nama atau frasa
nama, dan mendukung antaranya makna
     tempat, waktu, bahan asal dan matlamat.
Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 ||
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang Frasa Sendi Nama 
 | 
 |
| 
   
Sendi Nama 
 | 
  
   
Nama 
 | 
 |
| 
   
lawatan 
kebisingan  
rumah 
wang 
kehidupan 
sumbangan 
surat 
hadiah 
kiriman 
 | 
  
   
ke 
di 
di 
pada 
pada 
kepada 
dari 
untuk 
daripada 
 | 
  
   
Muzium Negara 
dewan makan 
bandar 
saya 
masa ini 
negara 
kampung 
ibu 
abang 
 | 
 
f) Inti + penerang
bilangan ordinal
                        Penerang bilangan
ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan
     kedudukan dari segi urutan bilangan.
Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti.
     Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Penerang bilangan ordinal 
 | 
 
| 
   
tingkat 
tempat 
 | 
  
   
kesepuluh 
pertama 
 | 
 
BINAA FRASA NAMA : INTI + INTI
                        Binaan frasa nama inti +
inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu
didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak
mempunyai makna penerang. 
                        Ada dua golongan frasa
nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh
perkataan-perkataan:
a) Inti + inti dengan
maksud sama erti.
                        Perkataan-perkataan
yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa 
     nama demikian membawa makna sama erti,
iaitu merupakan semacam ulangan. 
     Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Inti 
 | 
 
| 
   
tubuh 
pingganrakan 
wang 
ribut 
hutan 
pinggan 
sawah 
hamba 
kampung 
 | 
  
   
badan 
mangkuk 
ringgit 
taufan 
belantara 
mangkuk 
lading 
abdi 
halaman 
 | 
 
b) Inti + inti dengan
maksud lawan erti
                        Perkataan-perkataan yang
mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa 
     nama 
jenis ini membawa makna yang berlawanan. Contohnya:
| 
   
Frasa Nama 
 | 
 |
| 
   
Inti 
 | 
  
   
Inti 
 | 
 
| 
   
lelaki 
saudara 
kerusi 
jantan 
abang 
ibu 
datuk 
teruna 
tuan 
 | 
  
   
perempuan 
saudari 
meja 
betina 
adik 
bapa 
nenek 
dara 
puan 
 | 
 
Slots by Pragmatic Play - AprCasino
ReplyDeletePragmatic Play. Pragmatic Play. Pragmatic Play. apr casino Slot Machine. The Dog ventureberg.com/ House. 출장안마 Slots. Wild West Gold. Pragmatic dental implants Play. Jackpot Party. 바카라 사이트