Saturday, February 8, 2014

TOPIK 3

TAJUK 3

FRASA NAMA BAHASA MELAYU
KONSTITUEN FRASA NAMA
                        Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur intinya. Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan sesudah frasa nama.

                        Ada pendapat yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsue itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama. Contohnya:
            Senaman menyihatkan badan.

                        Kata nama senaman sebagai pengisi frasa nama boleh diganti oleh kata kerja bersenam. Contohnya:
            Bersenam menyihatkan badan.


BINAAN FRASA NAMA
                        Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika terbentuk oleh sederetan perkataan,  maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu.
a) Jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa
     nama itu. Contoh ayat:




Frasa nama subjek


Predikat
Inti
Penerang
a) Askar
b) Guru
c) Berlagak
d) Perbuatan
e) Kelakuan
Melayu Diraja
sekolah agama itu
ke sana ke mari
makan suap
baik
berbaris di padang.
guru saya.
menjadi tabiatnya.
akan menjejaskan ekonomi negara.
selalu mendapat pujian.


b) Jenis yang terdiri daripada dua unsur inti di dalamnya. Contoh ayat:
 
Frasa nama subjek


Predikat
Inti
Inti
a) Pinggan
b) Kerusi
c) Ibu
d) Pemuda
e) Suami
mangkuk
meja
bapa
pemudi
isteri
tersusun dengan rapi di atas para.
untuk pelajar-pelajar sahaja.
tidak perlu datang.
boleh ikut serta.
hendaklah bertolak ansur.

                        Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.
                             




BINAAN FRASA NAMA : INTI + PENERANG

                        Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut:
a) Inti + penerang nama
b) Inti + penerang bukan nama

INTI + PENERANG NAMA
                        Dalam binaan frasa nama jenis ini, semua konstituen terdiri daripada kata nama; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan:
a) Inti + penerang nama keturunan.
    Penerang nama keturunan menerangkan aspek salasilah pada inti kata nama.
    Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Keturunan
orang
suku bangsa
pelajar
askar
bangsa
bahasa
masyarakat
kaum
keturunan
Melayu
Kadazan
Amerika
British
Belanda
Melayu
Cina
Banjar
Jawa


b) Inti + penerang nama jenis
    Penerangan nama jenis ini menerangkan jenis-jenis tertentu bagi nama-nama itu.
    Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Jenis
harimau
buah
kelapa
pokok
air
baju
kerusi
gelang
kasut
kipas
beg
pingat
bintang
mangga
sawit
getah
limau
kemeja
rotan
emas
kulit
kertas
kulit
gangsa


c) Inti + penerang nama penyambut
     Penerang nama penyambut menerangkan perkara atau benda yang menjadi objek
     atau penyambut kepada alat atau pelaku yang ada pada inti, misalnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Penyambut
pengawal
penyelenggara
penyendal
pam
gunting
pengarang
pemandu
pengurus
pelayan
bangunan
pejabat
pintu
air
kain
cerpen
bas
syarikat
tetamu


d) Inti + penerang nama kegunaan
    Penerang nama kegunaan ialah unsur yang menerangkan makna fungsi atau
    peranan kepada inti. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Kegunaan
getah
kayu
alat
sabun
minyak
tali
jamu
batu
pemadam
pengukur
pemadam
pencucui
pelincir
penyidai
pengawet
pengasah

e) Inti + penerang nama kelamin
     Penerang nama kelamin ialah nama yang menerangkan jenis jantina bagi inti.
     Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Kelamin
anak
ayam
orang
kaum
perempuan
jantan
lelaki
perempuaN

f) Inti + penerang nama tempat
    Penerang tenpat ialah unsur yang menerangkan lokasi bagi inti. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Tempat
kawasan
orang
penduduk
anak
Melayu
tepi
cina
pinggir
luar bandar
tempatan
bandar
desa
Pulau Pinang
pantai
Melaka
kota

g) Inti + penerang nama arah
     Penerang nama arah ialah unsur yang menerangkan hala bagi inti. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Arah
kawasan
wilayah
angin
jalan
simpang
barat
selatan
timur
tengah
kanan


h) Inti + penerang nama anggota badan
     Penerang nama anggota badan menerangkan bahagian tubuh badan yang berkaitan
     dengan inti itu. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Anggota Badan
tali
penyakit
jam
gelang
tudung
sarung
rantai
barah
kepala
batang
pinggang
jantung
tangan
kaki
kepala
kaki
leher
kulit
lutut
hidung



i) Inti + penerang nama tenaga penggerak
    Penerang nama tenaga penggerak ialah unsur yang menyatakan daya yang
    menggerakkan benda dalam inti. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Tenaga penggerak
dapur
kipas
lampu
seterika
kereta
kapal
mesin
perahu
gas
elektrik
minyak
arang
motor
layar
kaki
galah


j) Inti + penerang nama perihal atau perkara
    Penerang nama  perihal ialah unsur yang menerangkan hal atau perkara tentang inti.
    Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Perhal / Perkara
lesen
borang
surat
perniagaan
pendaftaran
kebenaran

k) Inti + penerang nama milik
    Penerang nama milik menerangkan makna kepunyaan bagi benda dalam inti. 
    Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Milik
rumah
bumbung
pekerjaan
kemajuan
keluaran
belalai
pakaian
harta
kawasan
penduduk
saya
sekolah
mereka
Malaysia
Jepun
gajah
Aminah
kerajaan
Jerman
-nya



l) Inti + penerang nama khas
    Penerang nama khas ialah jenis perkataan yang merujuk kata nama khas bagi
    menerangkan inti. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang Nama Khas
bandar
Gunung
kampung
Republik
planet
Teluk
Terusan
Negeri
Kerajaan
Ipoh
Kinabalu
Seri Menanti
Indonesia
Marikh
Intan
Suez
Johor
Arab Saudi


m) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran
     Penerang nama panggilan atau gelaran ialah unsur yang merujuk nama julukan atau
     penghormatan kepada makhluk atau benda. Bentuk ini merupakan kecualian kepada
     bentuk susunan inti + penerang nama iaitu penerang ini terletak di hadapan inti.
     Contohnya:



Frasa Nama
Penerang Nama Panggilan/ Gelaran
Inti
Haji
Sang
Yang Arif HakimSi
Nik
YBhg. Datuk
Syed
Doktor
Profesor
YB Senator
Tan Sri

Ahmad
kancil
Mohd Yusof
Abdullah
Ali
Nasir
Harun
Majid
Fatimah
Abdullah


INTI + PENERANG BUKAN NAMA

            Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu:
a) Inti + Penerang penentu
     Penerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama 
     dan kedudukannya boleh di hadapan atau di belakang inti. Ada dua golongan
     penerang penentu kata nama iaitu:

    ( i )  Penentu hadapan
            Penentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan
            unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh
            bilangan. Contohnya:
Frasa Nama
Penentu hadapan


Inti
Bilangan
Penjodoh bilangan
lima
sepuluh
beratus-ratus
beberapa
segala
kesemua
kelima-lima
orang
buah
orang
pucuk
-
-
ekor
askar
bangunan
penonton
senapang
kelengkapan
pekerja
kambing

    ( ii )  Penentu belakang
            Penentu belakang ialah unsur-unsur yang hadoir sesudah kata nama, dan
             unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penentu belakang
orang
rumah
itu
ini





b) Inti + penerang kata kerja
                        Penerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan  
     kepada inti. Contohnya:

Frasa Nama
Inti
Penerang kata kerja
mesin
meja
wad
kamar
bilik
kolam
tarikh
tuala
majlis
kedai
jahit
makan
bersalin
beradu
mandi
renang
lahir
mandi
bahas
gunting



c) Inti + penerang kata adjektif
                        Penerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi 
    inti. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang kata adjektif
warna
tahun
anak
minyak
bulan
kulit
rumah
penutur
emas
sekolah
merah tua
baharu
muda
wangi
baharu
putih
haram
asli
tulen
rendah



d) Inti + penerang kata adverb
                        Penerang kata adverb ialah unsur yang menerangkan cara atau masa
     bagi kata nama inti. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang kata adverba
lawatan
masa
cara
hari
ketibaan
hujan
kedatangan
jawapan
kemasukan
julung kali
serentak
demikian
esok
nanti
begitu
sering kali
sekali gus
kemudian


e) Inti + penerang frasa sendi nama
                        Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata
     sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna
     tempat, waktu, bahan asal dan matlamat. Contohnya:


Frasa Nama

Inti
Penerang Frasa Sendi Nama
Sendi Nama
Nama
lawatan
kebisingan
rumah
wang
kehidupan
sumbangan
surat
hadiah
kiriman
ke
di
di
pada
pada
kepada
dari
untuk
daripada
Muzium Negara
dewan makan
bandar
saya
masa ini
negara
kampung
ibu
abang

f) Inti + penerang bilangan ordinal
                        Penerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan
     kedudukan dari segi urutan bilangan. Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti.
     Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Penerang bilangan ordinal
tingkat
tempat
kesepuluh
pertama




BINAA FRASA NAMA : INTI + INTI
                        Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang.

                        Ada dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan:
a) Inti + inti dengan maksud sama erti.
                        Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa
     nama demikian membawa makna sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan.
     Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Inti
tubuh
pingganrakan
wang
ribut
hutan
pinggan
sawah
hamba
kampung
badan
mangkuk
ringgit
taufan
belantara
mangkuk
lading
abdi
halaman






b) Inti + inti dengan maksud lawan erti
                        Perkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa
     nama  jenis ini membawa makna yang berlawanan. Contohnya:
Frasa Nama
Inti
Inti
lelaki
saudara
kerusi
jantan
abang
ibu
datuk
teruna
tuan
perempuan
saudari
meja
betina
adik
bapa
nenek
dara
puan


1 comment:

  1. Slots by Pragmatic Play - AprCasino
    Pragmatic Play. Pragmatic Play. Pragmatic Play. apr casino Slot Machine. The Dog ventureberg.com/ House. 출장안마 Slots. Wild West Gold. Pragmatic dental implants Play. Jackpot Party. 바카라 사이트

    ReplyDelete