Saturday, February 8, 2014

TOPIK 1

TAJUK 1
SINTAKSIS : BIDANG KAJIAN
STRUKTUR BINAAN AYAT
                                Pembentukan ayat dalam bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Sesuatu binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang dikenali sebagai konstituent. Ayat di bawah, misalnya, ialah satu binaan yang mengandungi dua unsur iaitu 2 dan 3:
                1. Saya sakit.
                2. Saya
                3. sakit.

                                Dalam contoh ayat binaan 1, terdapat hanya dua perkataan, iaitu Saya dan sakit. Jika diteliti secara mendalam, sebenarnya ayat dalam Bahasa Melayu lebih panjang dan kompleks dan dapat dianalisis sebagai terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di dalamnya beberapa unsur frasa dan tidak hanya perkataan. Frasa yang terdapat dalam sesuatu ayat itu pun mempunyai unsur-unsur tersendiri daripada unsur frasa yang lebih kecil, dan setiap satu unsur frasa itu pula mempunyai unsur perkataan.

PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT
                                Apabila kita membina ayat, kita membentuk dua kelompok perkataan. Kelompok pertama menyatakan sesuatu hal. Hal ini terdiri daripada nama orang, benda, tempat atau perkara.Kelompok kedua pula menceritakan tentang hal itu. Ia menceritakan mengenai nama, orang, benda, tempat atau perkara tadi. bahagian yang menjadi hal dipanggil subjek dan bahagian yang menjadi perihal dipanggil predikat.

                                Subjek merupakan konstituent ayat dan terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Unsur subjek bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang diterangkan.

                        Predikat pula adalah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek. Contoh:
Subjek
Predikat
1. Ali

2. Anak Pak Osman

3. Petani itu

guru sementara di sekolah itu.

menjawat jawatan baharu.

membajak sawahnya setiap hari.


                        Binaan ayat yang terdiri daripada bahagian subjek dan predikat ini dapat dijelaskan melalui rajah pohon berikut:


                            



     


AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

                        Ayat dasar adalah ayat tunggal. Ayat tunggal terbentuk daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat contoh:
Subjek
Predikat
1. Ali ( Frasa nama )

2. Adikku ( Frasa nama )

3. Pegawai itu ( Frasa nama )

4. Rumahnya ( Frasa nama )
guru. ( Frasa nama )

sedang tidur. ( Frasa kerja )

amat rajin. ( Frasa adjektif )

di Felda Tunggal ( Frasa sendi nama )


                        Ayat terbitan adalah ayat yang terbentuk daripada ayat-ayat dasar tadi melalui proses peluasan iaiatu; penyusunan semula, penggantian dan penggabungan. Ia terbentuk apabila beberapa unsur sama ada unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat sesuatu ayat dasar. Ayat contoh:
Subjek
Predikat
1. Ali


2. Adik bongsuku

3. Pegawai kanan pejabat itu

4. Rumah keluarganya
guru baharu di Sekolah Kebangsaan Parit Sulong.

sedang tidur di dalam bilik.

amat rajin dan cekap pula.

di Felda Tunggal.




SUSUNAN DALAM AYAT
                        Ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsang. Susunan biasa bermaksud binaan ayat  yang mempertahankan pola ayat dasar,  iaitu unsur frasa subjek mendahului predikat. Contoh ayat:
Subjek
Predikat
1. Rumah-rumah kandang kambing ini

2. Drebarnya
semuanya tidak sempurna.

keluar


                        Apabila susunan frasa predikat mendahului frasa subjek, maka terbentuklah ayat songsang. Contoh ayat:
Subjek
Predikat
1. Besar

2. Terbang tinggi
rumah itu.

burung layang-layang itu















No comments:

Post a Comment