TAJUK 5
FRASA KERJA BAHASA MELAYU
BINAAN FRASA KERJA
Binaan frasa kerja boleh
dirumuskan sebagai terdiri daripada dua jenis, iaitu:
i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek,
yang kata kerjanya tidak perlu disambut
oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya. Frasa kerja yang
demikian mengandungi kata kerja tak transitif.
Contohnya:
a) Hang Jebat bertikam dengan hang Tuah
b) Belukar itu terbakar perlahan-lahan.
c) Ali menang.
d) Mereka sedang tidur.
e) Hujan turun dengan lebatnya.
Dalam
ayat-ayat di atas, walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa
nama sebagai objek, namun unsur-unsur yang
lain, iaitu kata bantu dan unsur
keterangan boleh hadir bersama-samanya.
ii) Frasa kerja yang
mengandungi objek, yang kata kerjanya mesti disambut oleh frasa
nama sebagai objek untuk melengkapkan kata
kerjanya. Frasa kerja yang demikian
mengandungi kata kerja transitif.
seterusnya, objek boleh juga diikuti oleh bahagian
keterangan. Contohnya:
Subjek
|
Frasa Kerja
|
||
Kata Kerja
|
Objek
|
Keterangan
|
|
Budak itu
Pemburu
Kami
Anaknya
Dia
|
membaca
menembak
makan
menghidangkan
menjalankan
|
buku.
harimau itu
ayam goreng itu.
sedulang makanan.
tugasnya
|
dengan senapang
dengan baik
|
Dalam ayat-ayat di atas,
kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja
sebelumnya. Sebagaimana dengan kata kerja tanpa objek, unsur-unsur kata bantu
dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja dengan objek.
BINAAN FRASA KERJA TANPA OBJEK
Frasa kerja yang tidak
mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri daripada satu jenis kata kerja
sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif. Ia adalah sejenis kata
kerja yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk
melengkapkannya.
Frasa nama sebagai objek
boleh ditakrifkan sebagai unsur yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat
aktif, dan ayat demikian boleh mengalami proses pasif.
Jika sesuatu ayat aktif
tidak dapat dipasifkan, maka itu bererti kata kerja dalam ayat tersebut bukan
kata kerja transitif dan, oleh itu tidak berobjek.
Ada tiga jenis kata
kerja tak transitif, seperti yang berikut:
a) Kata kerja tak
transitif yang tidak menerima unsur pelengkap.
b) Kata kerja tak
transitif yang dapat menerima pelengkap sesudahnya.
c) Kata kerja tak
transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.
KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP.
Kata kerja tak transitif
tanpa pelengkap dapat berlaku dengan sendirinya sebagai inti frasa kerja. Ia
tidak memerlukan apa-apa unsur sebagai pelengkap.Contohnya:
Subjek
|
Predikat
|
Nota
|
||
Frasa Nama
|
Frasa Kerja
|
|||
kata
|
kata kerja
|
Frasa
|
||
Adik
Cikgu
|
sedang
masih
|
makan
menulis
|
di atas meja
di papan putih
|
Maksud masih
lengkap walaupun adverb digugurkan.
|
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN PELENGKAP.
Kata kerja tak transitif
berpelengkap perlu berlaku dengan sebuah unsur lain yang melengkapkannya. Unsur
ini adalah berbentuk perkataan. Perkataan ini dipanggil pelengkap. Tanpa
pelengkap, frasa tersebut tidak dapat memberi maksud yang lengkap. Perkataan
yang boleh menjadi pelengkap ini adalah kata nama, kata sifat, atau frasa sendi
nama. Contohnya:
Subjek
|
Predikat
|
Nota
|
||||
Frasa Nama
|
Frasa Kerja
|
|||||
Kata
|
Kata Kerja
|
Pelengkap
|
Frasa
|
|||
Mereka
Ahmad
Saya
|
akan
ingin
mahu
|
beransur
menjadi
menetap
|
pulih
penyanyi
di Seremban
|
selepas mendapat
rawatan
sejak kecil lagi
|
Pelengkap
kata adjektif.
Pelengkap
kata nama
Pelengkap
frasa sendi
nama
|
|
Jika pelengkap dalam
ruangan pelengkap digugurkan, kata kerja tak transitif yang digunakan tidak
lengkap dan sempurna maknanya.
KATA KERJA TAK TRANSITIF DENGAN KATA NAMA SEBAGAI
PENERANG
Kata nama sebagai
penerang yang mengikuti kata kerja tak transitif bukanlah objek kerana ayat
yang mengandunginya tidak boleh dipasifkan. Kata nama persebut hanya menjadi
penerang bagi kata kerja tak transitif dan bukan pelengkap kerana kata nama
penerang boleh ditiadakan tanpa merosakkan kesempurnaan makna kata kerja
demikian. Contohnya:
Subjek
|
Frasa Kerja
|
|
Kata Kerja
|
Penerang
|
|
Kanak-kanak itu
Mereka
lelaki itu
Keluarganya
Peladang itu
Kerjanya
Kegemarannya
Bapanya
Orang tua itu
|
berbaju
belajar
berseluar
berkedai
berkebun
bergunting
bermain
berniaga
berjaja
|
Melayu.
bahasa Jepun.
jean.
kopi.
kelapa.
rambut.
bola.
ayam.
kain.
|
BINAAN FRASA KERJA DENGAN OBJEK
Frasa kerja yang
mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuti kata kerja itu sebagai
objek atau penyambutnya. Kata kerja transitif dapat dipasifkan.
Lazimnya kata kerja
transitif adalah dalam bentuk tunggal atau terbitan. Bentuk kata kerja
transitif terbitan dapat
dikenalpasti dengan imbuhan transitif yang digunakan, iaitu per-, -kan, dan -i.
Kata kerja transitif dalam bentuk tunggal agak sukar dikenal pasti, namun
kebanyakannya menerima awalan aktif me-.
Oleh sebab itu, jelaslah
bahawa kata kerja transitif memerlukan kata nama sebagai objek. Ada dua jenis
kata kerja transitif iaitu:
a) Kata kerja
transitif dengan satu objek
Frasa kerja dengan satu objek adalah
seperti yang terdapat dalam ayat-ayat berikut:
i) Ketua pasukan terus menenangkan
suasana itu.
ii) Letupan bom itu mengacau-bilaukan
keadaan.
iii) Saya menjawab surat itu.
iv) Mesin itu mengepam air.
v) Dia tidak mengabaikan tugasnya.
vi) Ubat itu dapat menyihatkan badan.
vii) Penumpang it uterus menaiki kapal
terbang.
viii) Kami mendekati bangunan itu.
ix) Perahu-perahu itu menyusuri pantai.
x) Sebatang kayu melintangi jalan itu.
Terdapat
sejumlah perkataan yang berbentuk kata kerja tetapi membawa makna adjektif.
Perkataan ini boleh menerima kata penguat, dan frasa nama yang mengikutinya boleh digugurkan. Contohnya:
i) Tingkah laku pelawak itu sangat
menggembirakan kanak-kanak di pesta itu.
ii) Betulkah pemeriksaan ketat imigresen
di negara itu menyulitkan awak?
iii) Filem itu sungguh menyeramkan ( kami
).
iv) Kejadian itu sangat menyedihkan ( kita
).
v) keputusannya amat menggembirakan ( saya
).
vi) Saya percaya peristiwa semalam amat
menggembirakan ( saya ).
b) Kata kerja dengan
dua objek
Frasa kerja yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya boleh mengandungi
dua frasa nama yang menjadi objek kepada
kata kerja itu. Objek-objek ini
mempunyai fungsi yang berbeza-beza dan
boleh disebut sebagai objek tepat dan
objek sipi. Objek tepat ialah objek yang
menjadi penyambut secara langsung kepada
kata kerjanya, sementara objek sipi ialah
yang tidak menjadi penyambut secara
langsung kepada kata kerjanya. Contohnya:
i) Ahmad menghadiahkan buku kepada Ali.
ii) Wanita itu membeli baju untuk anaknya.
Ayat-ayat di atas boleh diubah menjadi
ayat berikut:
i) Ahmad menghadiahi Ali buku.
ii) Wanita itu membelikan anaknya baju.
Apabila ayat-ayat tersebut dipasifkan, hanya
frasa nama yang menjadi objek tepat akan mengalami penjudulan, iaitu menjadi
subjek atau unsur yang diterangkan. Contohnya:
i) Ali dihadiahi buku oleh ahmad.
ii) Anaknya dibelikan baju oleh wanita
itu.
Sebaliknya ayat-ayat
pasif berikut, yang menjudulkan objek sipi, tidak dianggap gramatis:
a) * Buku dihadiahi
Ali oleh Ahmad.
b) *Baju dibelikan
anaknya oleh wanita itu.
Berikut
ialah contoh-contoh ayat yang mengandungi frasa kerja dengan dua objek;
a) Baginda menganugerahi
pahlawan itu bintang kehormatan.
b) Adiknya
menghidangi kami sedulang kuih.
c) Dia mencarikan
isterinya buah nangka.
d) Tuhan mengurniai
makhluknya rahmat.
e) Ibu memasakkan
tetamu makanan.
Ayat-ayat di atas jelas
mengandungi binaan yang meletakkan objek tepat sesudah kata kerja dan objek
sipi mengikuti objek tepat. Apabila ayat-ayat di atas diubah susunannya, iaitu
objek tepat asal diletakkan di bahagian belakang ayat dengan didahului oleh
kata sendi nama untuk atau kepada, dan menjadikannya frasa sendi nama, maka
ayat-ayat yang terhasil akan hanya mengandungi
satu objek. Contohnya:
a) Baginda
menganugerahkan bintang kehormatan kepada pahlawan itu.
b) Anaknya
menghidangkan sedulang kuih untuk kami.
c) Dia mencari buah
nangka untuk isterinya.
d) Tuhan mengurniakan
rahmat kepada makhluknya.
e) Ibu memasakkan
makanan untuk tetamu.
Ada juga frasa kerja
yang seolah-olah mengandungi dua objek, seperti ayat-ayat yang berikut:
a) Dia menjadikan
budak itu anak angkatnya.
b) Anak itu menyangka
orang itu bapanya.
c) Sultan menamai
tempat itu Melaka.
d) Dia menganggap
saya lawannya.
e) Saya menamai
kucing itu Si Belang.
Sebenarnya ayat-ayat di
atas mengandungi hanya satu objek, iaitu frasa nama yang mengikuti kata kerja
secara langsung. Perkataan angkatnya dan bapanya hanya berfungsi sebagai
penerang kepada objek dan tidak boleh dijadikan objek tepat seperti dalam
contoh yang berikut:
a) *Anak itu
menyangka bapanya untuk orang itu.
b) *Dia menjadikan
anak angkatnya bagi budak itu.
c) *Sultan menamakan
Melaka untuk tempat itu.
d) *Dia menganggapkan
lawannya kepada saya.
e) *Saya menamakan Si
Belang untuk kucing itu.
Untuk menjelaskan lagi
ayat-ayat di atas, perkataan sebagai boleh diletakkan di hadapan unsur-unsur
penerang itu. Contohnya:
a) Dia menjadikan
budak itu sebagai anak angkatnya.
b) Anak itu menyangka
orang itu sebagai bapanya.
c) Sultan menamai
tempat itu sebagai Melaka.
d) Dia menganggap
saya sebagai lawannya.
e) Saya menamai
kucing itu sebagai Si Belang.
No comments:
Post a Comment