Saturday, February 8, 2014

TOPIK 4

TAJUK 4

SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BAHASA MELAYU

PERATURAN D-M
                        D-M bermaksud diterangkan ( D ) dan menerangkan ( M ). Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan kedua. Contohnya:
Frasa Nama
Diterangkan ( D )
Menerangkan ( M )
kelapa
penulis
orang
askar
baju
pam
guru
jentera
serbuk
lampu
Sabarudin
sawit
buku
lelaki
Melayu
kemeja
angin
bahasa
pendingin
perasa
gas
tukang kasut

                        Mengikut peraturan ini, penggunaan susunan unsur-unsur frasa nama yang bertentangan dengan peraturan D-M adalah salah dan tidak dapat diterima.




KEKECUALIAN HUKUM D-M
                        Kekecualian peraturan D-M iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama pada nama-nama jawatan. Contohnya:
Frasa Nama
Penerang ( M )
Yang Diterangkan ( D )
perdana
naib
timbalan
pembantu
ibu
menteri
yang dipertua
penteri
penyelidik
pejabat



BILANGAN DAN PANGGILAN
                        Apabila unsur penerang itu terdiri daripada perkataan yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran, maka penerang demikian boleh juga mendahului inti, iaitu hadir di bahagian hadapan frasa nama. Contohnya:
( i )  Bilangan
Frasa Nama
Bilangan
Penjodoh bilangan
Inti
ketiga-tiga
beberapa
dua
sekawan
helai
ekor
orang
-
sapu tangan
binatang
calon
burung




 ( ii )  Nama panggilan dan gelaran
Frasa Nama
Panggilan/ Gelaran
Inti
Tun
Si               
Puan
Raja
Engku
Megat
kak
Datuk
Sang
Abdul Razak
Belang
Juriah
Zainal
Ali
Terawih
Timah
Menteri
sapurba








No comments:

Post a Comment