Friday, May 16, 2014

TOPIK 8

Tajuk 8- Frasa Adjektif Bahasa Melayu
Frasa Adjektif Bahasa Melayu
Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu  dalam binaan frasa dan ayat.  Hal yang demikian membuktikan bahawa  kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat,  boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan, boleh  hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat  serta frasa adjektif dan ayat komplemen. Selain itu, unsur predikat  yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk.

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa adjektif   ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif  sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.
Contoh :
 Frasa  Adjektif  Sebagai Predikat
            Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.
Contoh:
(1) . Stadium itu   sudah usang.
Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat,  [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur  berikut :
[kata bantu  +  kata adjektif]

Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
(1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]
Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan.  
Contoh-contoh lain:
(2).     Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)
(2) (a) Putih bersih kulitnya   (susunan songsang) [predikat + subjek]
(3).     Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )
(3) (a)  Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]


Frasa  Adjektif    Sebagai Keterangan
            Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.
Contoh:
Subjek
Predikat


(4). Amira
(5). Pelajar itu
(6). Air sungai  itu
(7). Pemuzik
(8).  Kucing itu
Frasa Kerja
Keterangan
 (Frasa Adjektif)
berenang
berpidato
mengalir
beraksi
berlari
sangat pantas.
lancar  sekali.
deras sekali.
hebat sekali.
laju.

 Frasa  Adjektif  Sebagai Penerang Kata Nama
            Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama.
Frasa Nama
Kata Nama
Kata Adjektif
kereta
warna
baju
madu
pangkat
kain
benang
kelapa
pinang
kitab
besar
merah
kelabu
asli
tinggi
licin
kasar
muda
masak
tebal


     Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat  tersebut akan menjadi ayat komplemen.
Contoh:
(9).      Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.
(10).  Zulmazran Zulkifli  yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling.
(11).   Peserta kursus sedar bahawa mereka harus  tidur di khemah
           sementara.
(12).   Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. 

No comments:

Post a Comment