Tajuk 10 - Ayat Bahasa Melayu
Ayat Bahasa Melayu
Ayat dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan,
serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).
Ayat terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan perkataan.
Kajian tentang ayat membuktikan bahawa kepentingan klausa, frasa dan
perkataan mempunyai fungsi yang utama dalam pembentukan ayat.
Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada
ayat penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya,
perintah dan seruan dan sebagainya.
Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat
tunggal dan tidak ketinggalan unsur yang berkaitan dengan susunan klausa,
frasa, dan perkataan dalam ayat .
Ayat
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau
susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri
dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim
et.al. 2008). Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada
perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu.
Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap
mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi
sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut
sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat pula
menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu
menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya.
Contoh :
(1). Sekolah di tepi laut.
Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan
yang menjadi pokok perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen
subjek ayat. Dalam kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan
tentang subjek ayat.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak
di tepi laut.
(2) Rumah langsir biru.
Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek
dalam ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok
kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah
besar tersebut.
Klausa
Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat
, yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa
tergolong kepada dua jenis iaitu:
(i) Klausa bebas
(ii) Klausa tak bebas
Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang
maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila
diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam
ayat (Abdullah Hassan et.al 2006).
Contoh :
klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas)
klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)
Ayat sempurna:
klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.
Berdasarkan contoh :
Majid kaya
kerana cekap menguruskan perniagaan.
[klausa bebas] [ klausa tak bebas]
[klausa utama]
Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu
mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.
Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,
ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk
daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah
unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam
struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.
Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal
sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa.
Frasa
|
baju
sehelai baju
baju kurung
sehelai baju kurung
|
Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju
kurung di dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk
tersebut diperluas menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai
baju kurung, dan sebagainya.
Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui
pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai
baju kurung.
Perkataan
Perkataan ialah konstituen kepada frasa.
Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu
(Abdullah Hassan et.al , 2008)
Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah
perkataan yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa
golongan tertentu seperti kata nama, kata kerja, kata
adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan sebagainya.
Contoh:
kata nama: pelajar, ayah, Seremban, taman
kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang
Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan
kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi
Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan
ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. Semua ayat yang terbina secara lengkap
sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam
sesuatu binaan ayat.
Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu:
Pola 1 : FN + FN
Pola 2 : FN + FK
Pola 3 : FN + FA
Pola 4 : FN + FS
Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1 (FN + FN)
|
Harun
|
pesilat amatur.
|
Pola 2 (FN + FK)
|
Jurulatih
|
sedang berehat.
|
Pola 3 (FN + FA)
|
Marlina
|
sungguh pandai
|
Pola 4 ( FN + FS)
|
Muzium
|
di Pusat Islam.
|
Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun,
binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa.
Contoh:
Pola
|
Subjek
|
Predikat
|
Pola 1 (FN + FN)
|
Harun
|
pesilat amatur negara.
|
Pola 2 (FN + FK)
|
Jurulatih
|
sedang berehat di bilik
|
Pola 3 (FN + FA)
|
Adik Marlina
|
sungguh pandai
|
Pola 4 ( FN + FS)
|
Muzium warisan
|
di Pusat Islam Kuala Lumpur.
|
Ayat Tunggal
Ayat
tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal
juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu
predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat
tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat
tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat
perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri
daripada ayat penyata.
Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai
konstituen satu subjek dan satu predikat.
Contoh:
Subjek
|
Predikat
|
(1). Bapa saudara Ali
(2) Peninju itu
(3) Darwis
(4) Wahab
|
pensyarah.
sangat tangkas.
membaca kitab jawi.
ke kedai runcit.
|
Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses
penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.
Contoh:
(5) (a) Mariam ke pasar raya hari ini.
(b) Ke pasar raya Mariam
hari ini.
(6) (a) Baju itu di dalam almari.
(b) Di dalam almari baju
itu.
(7) (a) Kuih itu dimakannya.
(b) Dimakannya kuih
itu.
(8) (a) Pokok kayu itu ditebangnya
(b) Ditebangnya pokok
kayu itu.