Sunday, January 26, 2014

Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Objek


Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Objek
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh berlaku pada ayat-ayat yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.  Perhatikan contoh-contoh yang berikut:

(57)     Azmi menghadiahi isterinya sejambak bunga.
(58)     Kakak membelikan ibu baju kurung.
(59)     Puan Khadijah mengirimi anaknya wang.

Dalam ayat (57) hingga (59), frasa nama yang hadir selepas kata kerja ialah objek tepat manakala frasa nama yang mengikuti objek tepat tersebut ialah objek sipi.  Walau bagaimanapun, ayat-ayat tersebut boleh disusun semula dengan menukargantikan kedudukan kedua-dua jenis objek itu melalui proses transformasi.  Kedudukan objek tepat dalam ayat asal dipindahkan ke bahagian akhir ayat dengan didahului oleh kata sendi  dan seterusnya meletakkan frasa nama objek sipi pada kedudukan selepas kata kerja untuk menjadikannya objek tepat yang baharu.  Dalam hal ini, kata kerja dalam ayat yang diterbitkan berubah juga bentuknya, yakni imbuhan i- pada kata kerja, jika ada akan digantikan dengan imbuhan –kan. Perhatikan contoh-contoh yang berikut:

(57a)   Azmi menghadiahkan sejambak bunga kepada isterinya.
(58a)   Kakak membelikan baju kurung untuk ibu.
(59a)   Puan Khadijah mengirimkan wang kepada anaknya.

Penyusunan semula melalui proses transformasi di atas dapat digambarkan dalam rajah pohon yang berikut:



No comments:

Post a Comment